Kini perasaanku akan kuluahkan,
Perasaanku yang hanya diketahui olehNya,
Ketulusanku yang tersimpan dengan begitu berharga,
Sukar diucapkan dan buatku mengalirkan airmata
Kenangan-kenangann yang melewatiku,
Tiadalah hari ini andai ia bukan untukmu.
Dihari pertama bertemumu aku masih muda dan mentah,
Saat-saat kau menantiku hanya kerana aku mohon kau
percayaiku,
Terkadang kesilapanku melukakan hatimu,
Tiap kali pun kau tak pernah menyalahkan aku,
Tak mengapa’..kau tersenyum dan memberi kekuatan padaku,
Bila aku beralasan yang aku sedang sibuk,
Kau geram dan jadi benci,
Usah bimbang’...kau lebih percayakanku dengan berkata begitu.
Segala kenangan yang dicipta olehku denganmu,
Saat-saat menangis dan ketawa,
Akanku ingatinya walau di saat aku menutup mata,
Pernahkan aku lafazkan bahawa dikau ku cinta,
Cara yang biasa untuk melafazkannya hanyalah ‘kau kucintai’
Tiada ucapan selainnya yang dapat diluahkan
Kuucapkan lagi bahawa dikau kucinta,
Kehangatan di dalam hatiku,
Kuluahkan
hari ini, selamanya usah kau lupa bahawa aku cintakanmu.
No comments:
Post a Comment